Tuesday, January 21, 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » MENGATASI KEMBUNG PERUT BAYI

MENGATASI KEMBUNG PERUT BAYI

Bayi kembung perut biasanya menangis disebabkan oleh angin kolik atau perut masuk angin .
Bayi anda menangis sepanjang hari tanpa sebab-sebab yang jelas. Masalah perut kembung bayi ini berlarutan selama 2 hingga 4 jam sehari dan kembung perut melebihi 5 hari. Kembung perut bayi anda bermula pada umur 2 minggu dan beransur-ansur pulih apabila bayi mencapai umur 3 bulan.

Beberapa kemungkinan bayi anda mengalami kembung perut  seperti alahan terhadap laktosa,  alergi susu lembu dan ketidakmatangan usus. Keadaan usus pramatang bayi anda menyebabkan pencernaan karbohidrat tidak sempurna.

Masalah bayi meragam kebiasaanya kerana kembung perut dan bayi akan mula merengek minta di belai. Apa kata setiap kali selesai memandikan bayi anda , demah bayi anda dengan tuam. Cara bertuam pun terpulang kepada anda untuk memilih yang paling praktikal.


Cara pertama menggunakan daun sirih yang di layur di atas tudung periuk dan di sapu sedikit dengan minyak kelapa .Agak-agak suam, demah atau tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi terutama bayi lelaki yang selalu di serang angin pasang.


Cara ke dua adalah dengan menggunakan ramuan herba jintan yang di campur dengan beberapa herba yang lain. Masukkan ke dalam ikatan kain ( seperti iktan sup bunjut adabi).Panaskan di atas tudung periuk dan agak-agak suam , tuam di kawasan yang di sebutkan tadi.


Selain itu setiap kali selepas selesai bertuam, sapu minyak bayi untuk memanaskan perut dan lain-lain bahagian seperti di di bawah pelipat, di tapak kaki bayi, di pelipat tangan dan di bahagian belakang pinggang.Jika anda rajin melakukannya, insyaalah bayi anda akan jarang kembung perut.


Sebaik-baiknya anda sendawakan bayi anda sebaik selesai menyusukannya. Angin yang masuk ketika menyusu dapat di keluarkan jika anda membantu bayi sendawa. Cara sendawakan bayi amat mudah dan anda boleh lakukan mana yang anda rasa lebih selesa. Anda juga boleh tiarapkan bayi anda di pangkuan sambil menepuk-nepuk atau mengurut belakang bayi dengan perlahan.


Bayi kita akan tidur lena jika tidak mengalami masalah kembung dan kita juga boleh dapat merehatkan badan atau melakukan kerja-kerja ringan sewaktu berpantang.


No comments:

Post a Comment